Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian IV · Pentadbiran, Kewangan dan Audit
59F. Hilang kelayakan
Feedback & supportSeseorang ahli adalah hilang kelayakan menjadi ahli
Lembaga—
jika dia diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal oleh mahkamah yang kompeten;
66
Undang-Undang Malaysia
jika dia adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan;
jika dia mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa kepentingan dalam sesuatu kontrak yang masih berkuat kuasa dengan atau apa-apa kerja yang sedang dilakukan untuk Pertubuhan kecuali sebagai seorang pengamal perubatan atau sebagai seorang pemegang syer
(bukan pengarah) sesuatu syarikat;
jika sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, dia telah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah yang kompeten atas suatu kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
jika selepas diminta, seseorang ahli tidak menghantar kepada Pertubuhan caruman yang dahulunya yang telah genap masanya dibayar;
jika dia kemudiannya menjadi seorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan, selain Ketua Pengarah dan
Timbalan Ketua Pengarah; atau
jika seseorang ahli telah menjadi seorang ahli mana-mana badan perundangan.
Terhentinya seseorang ahli Lembaga mengikut seksyen ini atau seksyen 59C hendaklah diberitahukan dalam Warta.