Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XI · Rayuan
197. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
Feedback & support(1)
Menteri boleh, atas syor bertulis Lembaga, demi kepentingan awam, mengeluarkan, melalui pemberitahuan dalam
Warta, suatu arahan—
(a)
melarang pembentukan apa-apa perniagaan atau aktiviti, termasuklah apa-apa kelas perniagaan atau aktivitinya;
atau
(b)
mengarahkan sesuatu entiti berlesen, untuk berhenti menjalankan perniagaannya atau sebahagian daripada perniagaannya sama ada dengan serta-merta atau dalam apa-apa masa yang ditentukan dalam arahan itu.
(2)
Sesuatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri.