Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Rayuan

195. Penyampaian dokumen

Feedback & support
(1)

Apa-apa dokumen atau notis yang dikehendaki supaya disampaikan oleh Lembaga kepada sesuatu entiti berlesen, sesuatu dana bersama, sesuatu organisasi kawal selia sendiri atau sesuatu bursa di bawah Akta ini boleh disampaikan dengan meninggalkannya di, atau menghantarkannya melalui pos, ke pejabat berdaftar entiti berlesen, dana bersama, organisasi kawal selia sendiri atau bursa tertentu itu.

(2)

Jika dokumen atau notis itu telah disampaikan mengikut subseksyen (1), dokumen atau notis itu disifatkan telah disampaikan dengan sempurna kepada entiti berlesen, dana bersama, organisasi kawal selia sendiri atau bursa tertentu itu.

Report