Skip to content

Seksyen 198

Kuasa Menteri untuk meminda jadual

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

ActIn forceProvision 198 of 202
Seksyen 198
(1)

Menteri boleh, atas syor Lembaga, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah, menggantikan, atau selainnya meminda mana-mana jadual kepada Akta ini dan apabila perintah itu disiarkan, jadual itu sebagaimana yang telah diubah, dipotong, ditambah, digantikan atau selainnya dipinda, hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan sebagai bahagian integral Akta ini mulai tarikh penyiaran itu, atau dari apa-apa tarikh yang lebih lewat yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Menteri dalam mengubah, memotong atau menggantikan mana-mana jadual yang disebut dalam subseksyen (1) boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu.