Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 7
118. Tambang muatan
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang muatan berhubung dengan perkhidmatan kereta api yang melebihi apa-apa kadar tambang muatan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 84, 86, 101 atau 120.
Menteri boleh. atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang muatan berhubung dengan perkhidmatan kereta api, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang muatan bagi apa-apa tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh pengendali berlesen itu dan permohonan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk menuntut, mengutip atau memegang simpan tambang muatan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
146 Undang-Undang Malaysia AKTA 715