Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 7
119. Jadual waktu dan senarai tambang hendaklah ditampalkan di stesen kereta api
Feedback & supportTiap-tiap pengendali berlesen hendaklah menyimpan di tiap-tiap stesen kereta api suatu salinan jadual waktu yang berkuat kuasa pada masa itu pada kereta api dan suatu senarai tambang am yang boleh dikenakan untuk membuat perjalanan dari stesen kereta api itu, yang senarai itu ditampalkan di tiap-tiap tempat di mana tiket lazimnya dikeluarkan kepada penumpang di stesen kereta api itu, dan pengendali berlesen itu hendaklah membenarkan semua orang untuk memeriksa jadual waktu atau senarai tambang am itu dengan percuma pada setiap waktu yang munasabah.
Pengemukaan memorandum bagi apa-apa perubahan dalam struktur tambang yang sedia ada, dsb.