Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian IX · Pengambilalihan Kawalan

195. Section 195

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua peruntukan lain dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Menteri boleh, jika difikirkannya perlu demi kepentingan negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya—

(a)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;

Pengangkutan Awam Darat 179

(b)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwal seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau

(c)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melantik mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana tindakan yang diarahkan dalam perenggan (a) atau (b)

bagi pihak Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat;

dan

(d)

perbelanjaan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, atau saraan orang yang dilantik sedemikian di bawah perenggan (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada aset pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dengan diberi keutamaan daripada semua tuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar.

(2)

Penentuan mengenai apa yang terjumlah kepada kepentingan negara hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian adalah muktamad dan mengikat semua orang.

(3)

Kuasa Menteri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan hanya dengan kelulusan terdahulu Kerajaan Persekutuan.

(4)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan orang yang dilantik oleh

Ketua

Pengarah

Pengangkutan Awam Darat menurut subseksyen (1) daripada peruntukan Bab 2 dan 2A Bahagian II, Bab 1, 2, 3 dan 4 Bahagian III dan Bab 4 dan 5 Bahagian IV.

180 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

Peruntukan berhubungan dengan pelantikan di bawah seksyen 194 atau 195

Report

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules