Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IX · Pengambilalihan Kawalan
197. Section 197
Feedback & supportJika kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan telah diambil alih menurut perintah di bawah seksyen 194 atau 195, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atas nama dan bagi pihak pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah itu, sehingga masa apabila perintah itu dibatalkan di bawah subseksyen 194(4).
Di sepanjang tempoh kawalan ke atas seorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan menurut perintah di bawah seksyen 194 atau
182 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
195, hendaklah terletak hak pada Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, segala kuasa pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, atau yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau syarikat atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya dengan cara apa sekalipun, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa jua pun cara lain, dan apa-apa jua pun kesukaran yang berbangkit berhubungan dengannya boleh diselesaikan oleh Menteri melalui arahan bertulis.
Dalam tempoh berkuat kuasanya suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195, tiada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, tiada syarikat atau pengarah, yang dengannya perintah itu adalah berhubungan boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa jua pun jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu ialah suatu syarikat, syarikat atau mana-mana pengarah, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau
Pengangkutan Awam Darat 183
dibenarkan seperti yang disebut terdahulu oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dengan ini diisytiharkan bahawa suatu perintah di bawah seksyen 194 atau 195 tidak mempunyai kuat kuasa untuk memberikan atau meletakhakkan apa-apa hakmilik pada, atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai apa-apa harta pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang dengannya perintah itu adalah berhubungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.