Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil

13. Permohonan untuk bantuan guaman dalam kes sivil

Feedback & support
(1)

(a)

Sesiapa jua, sama ada atas haknya sendiri atau atas sifatnya sebagai wakil, yang berkehendakkan bantuan guaman di bawah

Bahagian ini hendaklah membuat permohonan bagi maksud itu kepada

Ketua Pengarah Bantuan Guaman.

(b)

Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengesahkan fakta yang disebut dalam permohonan itu.

(2)

Jika orang yang berkehendakkan bantuan guaman ialah seorang budak, permohonan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat bagi pihak budak itu oleh penjaganya.

(3)

Jika sesuatu permohonan dibuat bagi pihak seseorang budak di bawah peruntukan subseksyen (2)—

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

(a)

sebutan dalam seksyen 14, perenggan 15(2)(a) atau 16(1)(a)

mengenai seseorang pemohon hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penjaga dan budak itu bersesama atau mana-mana satu antara mereka masing-masing; dan

(b)

sebutan dalam perenggan 15(2)(b) atau 16(1)(b) mengenai seseorang pemohon hendaklah, jika budak itu tidak beristeri atau tidak bersuami dan penjaganya ialah seorang saudara dekat (sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen (4)

seksyen ini) budak itu, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai kedua-dua penjaga dan budak itu dan, jika selain itu, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai budak itu sahaja.

(4)

Dalam subseksyen (3) seksyen ini ungkapan “saudara dekat”

ertinya—

(i)

mengenai seseorang anak sah taraf, ertinya bapa atau ibunya;

(ii)

mengenai seseorang anak angkat, ertinya bapa atau ibu yang mengambilnya sebagai anak angkat;

(iii)

mengenai seseorang anak tidak sah taraf, ertinya ibunya.

Report

Bahagian V

Nasihat Guaman

Bahagian VI

Schedules