Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil

18. Sumbangan daripada orang yang dibantu

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 16 atau 16A berkenaan dengan mana-mana prosiding boleh dikehendaki membayar sumbangan bagi suatu jumlah wang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1188).

(3)

Jika jumlah sumbangan yang dibayar oleh seseorang berkenaan dengan sesuatu prosiding itu lebih daripada tanggungan bersih Ketua

Pengarah atas akaun orang itu, lebihan itu hendaklah dipulangkan kepada orang itu.

(4)

Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh peraturan-peraturan, apa-apa wang yang masih belum dibayar atas akaun sumbangan seseorang berkenaan dengan sesuatu prosiding dan, jika jumlah sumbangan itu kurang daripada tanggungan bersih Ketua

Pengarah atas akaun orang itu, sejumlah wang yang sama banyaknya dengan kekurangan itu hendaklah menjadi suatu tanggungan pertama ke atas apa-apa harta (walau di mana jua letaknya) yang didapatkan atau dipertahankan bagi orang itu dalam prosiding itu.

(5)

Sebutan dalam subseksyen (4) seksyen ini mengenai harta yang didapatkan atau dipertahankan bagi mana-mana orang, hendaklah termasuk haknya di bawah apa-apa penyelesaian atau kompromi yang telah dicapai untuk mengelakkan atau menamatkan prosiding itu dan juga apa-apa wang yang didapatkan menurut sesuatu perintah untuk

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

kos yang dibuat bagi faedahnya dalam prosiding itu (iaitu bukannya wang yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah).

(6)

Tanggungan yang diwujudkan oleh subseksyen (4) seksyen ini ke atas apa-apa ganti rugi atau kos tidak menghalang mahkamah daripada membenarkan ganti rugi dan kos itu ditolak daripada ganti rugi atau kos lain jika lien peguam untuk kos tidak menghalangnya.

(7)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai tanggungan bersih Ketua

Pengarah atas akaun mana-mana orang berhubung dengan sesuatu prosiding merujuk kepada semua jumlah wang yang telah dibayar atau kena dibayar oleh Ketua Pengarah atas akaun orang itu dan jika orang itu telah diwakili dalam prosiding itu oleh Ketua Pengarah, tanggungan bersih Ketua Pengarah merujuk kepada apa-apa jumlah wang yang pada pendapat Ketua Pengarah akan kena dibayar atas akaun orang itu sekiranya dia diwakili oleh peguam yang ditugaskan untuknya, berkenaan dengan prosiding itu dan jumlah wang itu tidak dibayar ganti dengan wang yang didapatkan menurut sesuatu perintah atau persetujuan untuk kos yang dibuat bagi faedahnya berkenaan dengan prosiding itu.

Report

Bahagian V

Nasihat Guaman

Bahagian VI

Schedules