Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil

20. Permohonan bantuan oleh lebih daripada satu pihak

Feedback & support

Jika seseorang yang telah membuat permohonan untuk bantuan guaman di bawah Bahagian ini atau seseorang yang dibantu ialah suatu pihak dalam mana-mana prosiding dan mana-mana pihak lain membuat permohonan untuk bantuan guaman di bawah Bahagian ini berhubung dengan prosiding itu, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai bagi kedua-dua pihak itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Bantuan Guaman sendiri tidak boleh bertindak bagi mana-mana satu pihak itu tetapi

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

hendaklah menugaskan seorang peguam yang akan dipilih oleh orang yang dibantu itu, jika dia hendak berbuat demikian, atau oleh

Ketua Pengarah daripada panel peguam yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5 untuk bertindak bagi tiap-tiap orang yang dibantu itu.

Report

Bahagian V

Nasihat Guaman

Bahagian VI

Schedules