Akta Bantuan Guaman 1971 · Updated to 5 Sep 2022 · Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil
21. Mencatatkan dan memfailkan perakuan
Feedback & supportJika sesuatu perakuan bantuan guaman diberikan menurut seksyen 15, 16 atau 16A, Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu atau boleh menugaskan seorang peguam yang akan dipilih oleh orang yang dibantu itu, jika dia hendak berbuat demikian, atau oleh Ketua Pengarah daripada panel peguam yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5 untuk bertindak sedemikian, dan dalam hal yang sedemikian Ketua Pengarah
Bantuan Guaman hendaklah mencatatkan nama peguam yang ditugaskan itu dalam perakuan bantuan guaman itu:
Dengan syarat bahawa jika seorang peguam ditugaskan untuk bertindak selepas perakuan itu difailkan dalam mahkamah, atau jika suatu penugasan baharu dibuat bagi menggantikan peguam yang ditugaskan dahulu, Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki mencatatkan nama peguam yang ditugaskan itu dalam perakuan itu, atau yang baharu ditugaskan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi boleh, sebaliknya, memberitahu penugasan atau penugasan baharu itu dengan surat kepada pegawai mahkamah yang sepatutnya yang dalamnya prosiding itu menunggu pertimbangan.
Sebelum mengambil apa-apa langkah lain dalam prosiding itu
Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan sedemikian hendaklah memfailkan perakuan bantuan guaman itu di pejabat pendaftaran mahkamah yang dalamnya prosiding itu menunggu pertimbangan atau yang dalamnya prosiding itu akan dibawa dan tiada apa-apa fi mahkamah dikenakan bagi memfailkan perakuan itu.
Jika sesuatu perakuan bantuan guaman difailkan sedemikian, orang yang dibantu itu—
Bantuan Guaman 23
tidaklah bertanggungan membayar berkenaan dengan apa-apa prosiding yang dimaksudkan oleh perakuan itu fi mahkamah atau apa-apa fi yang kena dibayar bagi menyampaikan proses atau apa-apa fi yang kena dibayar kepada Syerif berkenaan dengan pelaksanaan proses itu;
berhak diberi suatu salinan catatan keterangan hakim dengan percuma dalam mana-mana prosiding yang dimaksudkan oleh perakuan itu; dan
melainkan jika peruntukan nyata dibuat dalam Akta ini, tidaklah bertanggungan membayar kos kepada mana-mana pihak lain dalam mana-mana prosiding yang dimaksudkan oleh perakuan itu.
Tertakluk pada seksyen 18 dan 22 tiada sesiapa pun yang membuat apa-apa penyiasatan atau laporan atau memberikan apa-apa pendapat di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau yang menjalankan apa-apa prosiding menurut sesuatu penugasan di bawah
Akta ini boleh mengambil atau bersetuju untuk mengambil atau meminta daripada seseorang yang dibantu apa-apa fi, keuntungan atau hadiah (wang atau lain-lain) berkenaan dengannya.