Akta Bantuan Guaman 1971 · Updated to 5 Sep 2022 · Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil
25. Kos
Feedback & supportJika prosiding yang dalamnya seseorang yang dibantu menjadi suatu pihak dibawa dalam mana-mana mahkamah, mahkamah itu hendaklah membuat, untuk faedah orang yang dibantu itu, perintah untuk kos (kecuali terhadap seorang yang dibantu yang lain) sama seperti yang akan dibuat oleh mahkamah itu untuk faedah orang yang dibantu itu sekiranya dia bukan seorang yang dibantu dan, jika kos berikutan dengan keputusan prosiding, seseorang yang dibantu berhak
(kecuali terhadap seorang yang dibantu yang lain) kepada kos dengan cara yang sama seolah-olah dia bukan seorang yang dibantu, walaupun tiada apa-apa wang kena atau akan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu, atau walaupun kos itu lebih daripada jumlah yang kena atau akan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu.
Jika apa-apa wang didapatkan oleh seseorang yang dibantu
(sama ada dalam prosiding atau menurut sesuatu penyelesaian atau kompromi), orang itu bertanggungan membayar kepada Ketua
Pengarah sekian banyak daripada wang yang didapatkan itu seperti yang didapatkan berkenaan dengan kos.
Bagi maksud subseksyen (2) seksyen ini wang yang didapatkan berkenaan dengan kos hendaklah disifatkan sebagai sekian banyak daripada jumlah wang yang didapatkan itu yang lebih daripada jumlah
(jika ada) yang boleh didapatkan oleh orang yang dibantu itu sebagai apa-apa selain sebagai kos.
Jika apa-apa wang didapatkan oleh seseorang yang telah diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 15, 16
atau 16A (sama ada dalam prosiding atau menurut sesuatu penyelesaian
Bantuan Guaman 27
atau kompromi), tertakluk pada peruntukan subseksyen ini, dia bertanggungan membayar daripada wang yang didapatkan itu kepada
Ketua Pengarah jumlah semua wang yang telah dibayar atau yang kena dibayar oleh Ketua Pengarah atas akaun orang itu dan, jika orang itu telah diwakili dalam prosiding itu oleh Ketua Pengarah, dia bertanggungan membayar wang sebanyak yang pada pendapat Ketua
Pengarah akan kena dibayar atas akaun orang itu sekiranya dia diwakili oleh seorang peguam yang ditugaskan untuknya:
Dengan syarat bahawa—
jika wang yang didapatkan itu tidak lebih daripada seribu ringgit, tiada apa-apa wang kena dibayar oleh orang yang dibantu di bawah subseksyen ini;
jika wang yang didapatkan itu lebih daripada seribu ringgit, jumlah wang yang kena dibayar oleh orang yang dibantu di bawah subseksyen ini tidak boleh lebih daripada—
satu perempat daripada jumlah yang didapatkan;
atau
perbezaan antara jumlah yang diterima dengan jumlah seribu ringgit, mengikut mana-mana yang kurang.
Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1), (2), (3) dan
ungkapan “kos” termasuklah—
fi peguam sama ada fi itu telah dibayar atau tidak;
fi dan caj daripada jenis yang disebut dalam perenggan 21(3)(a) dan (b); dan
apa-apa wang yang dibelanjakan oleh Ketua Pengarah menurut subseksyen 22(3), bagi membayar perbelanjaan luar jangka atau yang dibayar oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Jika kos yang didapatkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini termasuk mana-mana fi, caj atau wang yang disebut dalam perenggan (5)(b) dan (c), kos yang didapatkan itu hendaklah digunakan pertama sekali bagi menjelaskan fi, caj atau wang itu.