Akta Bantuan Guaman 1971 · Updated to 5 Sep 2022 · Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil
26. Prosiding digantung apabila permohonan bantuan guaman dibuat
Feedback & supportJika guaman telah dimulakan dan mana-mana pihak membuat permohonan bantuan guaman di bawah Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas permohonan itu dibuat, memberitahu pihak yang satu lagi itu atau tiap-tiap satu pihak yang satu lagi itu, dan memfailkan suatu memorandum mengenai pemberitahuan itu dalam mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan dan tiada apa-apa fi boleh dikenakan berkenaan dengan pemfailan memorandum itu.
Jika sesuatu memorandum difailkan sedemikian, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh seorang hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan, segala prosiding mengenai guaman itu hendaklah, menurut seksyen ini, digantung selama tempoh empat belas hari, dan dalam tempoh itu (melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana hakim tersebut) masa yang ditetapkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh atau di bawah mana-mana kaedah-kaedah mahkamah, peraturan-peraturan atau lain-lain bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu tidaklah berjalan:
Dengan syarat, bagaimanapun—
pemfailan memorandum itu tidak berkuat kuasa untuk melarang daripada dibuat—
suatu perintah interlokutori untuk sesuatu injunksi atau untuk melantik seorang penerima atau pengurus atau penerima dan pengurus;
Bantuan Guaman 29
suatu perintah untuk melarang keluputan sesuatu kaveat terhadap urusan mengenai tanah; atau
apa-apa perintah lain yang, pada pendapat hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan, perlu untuk mengelakkan suatu hukuman yang tidak adil dan yang tidak dapat dibetulkan;
bahawa, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh seorang hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan, pemfailan memorandum itu tidak boleh berkuat kuasa untuk melarang daripada dimulakan atau diteruskan prosiding untuk mendapatkan, menguatkuasakan atau melaksanakan apa-apa perintah yang disebut dalam perenggan (a) dalam proviso ini atau sesuatu dekri yang bermaksud sedemikian.
Tempoh lamanya prosiding digantung di bawah seksyen ini boleh dikurangkan atau dilanjutkan dengan perintah seorang hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan.