Akta Bantuan Guaman 1971 · Updated to 5 Sep 2022 · Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil
16A. Pemberian perakuan bantuan guaman apabila Ketua Pengarah diberi kuasa oleh Menteri untuk memberikan bantuan guaman
Feedback & support(1)
Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen 15 dan 16,
Ketua Pengarah hendaklah memberi seseorang pemohon untuk bantuan guaman suatu perakuan bantuan guaman berkenaan dengan apa-apa prosiding apabila Menteri telah memberi kuasa kepada Ketua
Pengarah untuk memberikan bantuan guaman di bawah subseksyen 12(3).
(2)
Sesiapa yang diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen ini boleh dikehendaki membayar kepada Ketua
Bantuan Guaman 19
Pengarah suatu sumbangan terhadap jumlah wang yang kena dibayar atas akaunnya.