Akta Bantuan Guaman 1971 · Updated to 5 Sep 2022 · Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil
14. Kuasa Ketua Pengarah untuk membuat siasatan
Feedback & supportJika sesuatu permohonan dibuat di bawah seksyen 13, Ketua
Pengarah Bantuan Guaman boleh—
membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut mengenai kemampuan dan keadaan pemohon itu dan mengenai patut tidaknya kes itu atau merujukkan permohonan itu kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk suatu laporan mengenai kemampuan pemohon itu;
Bantuan Guaman 17
menghendaki pemohon memberikan apa-apa maklumat dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah bagi maksud menimbangkan permohonan itu;
menghendaki pemohon itu hadir sendiri;
merujukkan permohonan itu atau apa-apa perkara yang terbit daripada permohonan itu kepada mana-mana peguam yang namanya ada dalam panel yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5 untuk menyiasat fakta dan membuat suatu laporan mengenainya atau untuk memberikan apa-apa pendapat mengenainya atau mengenai apa-apa soal undang-undang yang terbit daripada permohonan itu;
mengambil atau mengarahkan supaya diambil apa-apa langkah yang perlu bagi memelihara kepentingan pemohon itu sementara menanti keputusan permohonannya;
membayar belanja yang bersampingan dengan mana-mana perkara di atas daripada wang yang diperuntukkan bagi maksud itu.