Akta Bantuan Guaman 1971 · Updated to 5 Sep 2022 · Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil
23. Mahkamah boleh memerintahkan pembayaran kos oleh orang yang dibantu dalam sesuatu hal
Feedback & supportJika didapati oleh mahkamah atau hakim bahawa sesuatu perakuan bantuan guaman yang diberikan di bawah seksyen 15
atau 16 telah didapatkan dengan cara fraud atau salah nyataan, mahkamah atau hakim itu boleh memerintahkan orang yang dibantu itu membayar kos Ketua Pengarah atau kos peguam yang telah bertindak bagi pihaknya atau kos pihak yang satu lagi itu, atau kos
Ketua Pengarah atau peguam dan pihak itu kedua-duanya.
Dalam subseksyen (1) sebutan mengenai “orang yang dibantu”, jika perakuan bantuan guaman itu telah dibatalkan sebelum perintah itu dibuat, termasuklah orang yang dibantu sebaik sebelum perintah itu dibatalkan.
Jika didapati oleh mahkamah atau hakim bahawa seseorang yang dibantu telah bertindak dengan tidak sepatutnya dalam membawa
Bantuan Guaman 25
atau membela apa-apa prosiding atau dalam menjalankan prosiding itu, mahkamah atau hakim itu boleh memerintahkan orang yang dibantu itu membayar kos Ketua Pengarah atau kos peguam yang telah bertindak bagi pihaknya atau kos pihak yang satu lagi itu, atau kos
Ketua Pengarah atau peguam dan pihak itu kedua-duanya.
Jika sesuatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1)
atau (3) kos itu hendaklah ditetapkan seolah-olah pihak yang diperintahkan membayar kos itu bukan seorang yang dibantu.
Kos yang diperintahkan supaya dibayar itu, melainkan jika diarahkan selainnya oleh perintah itu, termasuk—
fi dan caj daripada jenis yang disebut dalam perenggan 21(3)(a) dan (b); dan
apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh Ketua Pengarah bagi membayar perbelanjaan luar jangka atau yang dibayar oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu menurut subseksyen 22(3).
Jika kos Ketua Pengarah atau kos peguam yang bertindak bagi pihak orang yang dibantu yang diperintahkan supaya dibayar di bawah subseksyen (1) atau (3) seksyen ini termasuk mana-mana fi, caj atau wang yang disebut dalam subseksyen (5) seksyen ini, jika ada apa-apa jumlah wang didapatkan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan kos itu jumlah wang yang didapatkan itu hendaklah digunakan pertama sekali bagi menjelaskan fi, caj atau wang itu.