Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil

19. Pembatalan perakuan

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) boleh, pada bila-bila masa, dan sama ada atau tidak permohonan telah dibuat bagi maksud itu, membatalkan mana-mana perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 atau 16 atau, sekiranya dibenarkan sedemikian oleh Menteri, di bawah seksyen 16A, dan tertakluk pada subseksyen (2) seksyen ini orang yang telah diberi perakuan itu hendaklah terhenti daripada menjadi seorang yang dibantu mulai dari tarikh pembatalan itu.

(2)

Jika perakuan bantuan guaman yang dibatalkan itu telah difailkan dalam pejabat pendaftaran mana-mana mahkamah,

Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) hendaklah memfailkan dalam mahkamah itu suatu

Bantuan Guaman 21

pemberitahuan mengenai pembatalan itu, dan, mulai dari tarikh pemberitahuan itu difailkan, orang yang telah diberi perakuan bantuan guaman itu hendaklah terhenti daripada menjadi seorang yang dibantu.

(3)

Apabila pemberitahuan itu difailkan dalam mahkamah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan, segala prosiding mengenai guaman itu hendaklah, menurut subseksyen ini, digantung selama tempoh empat belas hari dan, tertakluk pada yang disebut terdahulu, dalam tempoh itu, masa yang ditetapkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh atau di bawah mana-mana kaedah-kaedah mahkamah, peraturan-peraturan atau lain-lain bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu tidaklah berjalan.

(4)

Tempoh lamanya prosiding itu digantung menurut subseksyen (3) seksyen ini boleh dikurangkan atau dilanjutkan dengan perintah seseorang hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan.

(5)

Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) hendaklah mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya munasabah atau perlu untuk memberitahu orang yang telah diberi suatu perakuan bantuan guaman mengenai pembatalan mana-mana perakuan itu.

Report

Bahagian V

Nasihat Guaman

Bahagian VI

Schedules