Akta Bantuan Guaman 1971 · Updated to 5 Sep 2022 · Bahagian IV · Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil
22. Deposit bagi perbelanjaan luar jangka
Feedback & supportKetua Pengarah Bantuan Guaman boleh menghendaki mana-mana pemohon bantuan guaman di bawah Bahagian ini atau mana-mana orang yang telah diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 15, 16 atau 16A mendepositkan dengannya sejumlah wang pada bila-bila masa yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah untuk digunakan bagi membayar perbelanjaan luar jangka (tidak termasuk perbelanjaan pejabat) yang dilakukan berhubung dengan permohonan itu atau dengan apa-apa prosiding yang dimaksudkan oleh permohonan itu atau oleh perakuan bantuan guaman itu.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Apa-apa jumlah wang yang didepositkan sedemikian hendaklah digunakan hanya bagi membayar perbelanjaan luar jangka itu dan mana-mana bahagian daripada wang itu yang tidak dibelanjakan sedemikian hendaklah dipulangkan kepada pemohon.
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa deposit yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) seksyen ini akan menyebabkan kesusahan, Ketua Pengarah boleh membayar apa-apa perbelanjaan luar jangka (tidak termasuk perbelanjaan pejabat) daripada wang yang diperuntukkan bagi maksud itu dari semasa ke semasa atau membuat apa-apa pembayaran bagi membayar apa-apa perbelanjaan luar jangka sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Apa-apa pembayaran yang dibuat sedemikian hendaklah digunakan hanya bagi membayar perbelanjaan luar jangka itu dan mana-mana bahagian daripada wang itu yang tidak dibelanjakan sedemikian hendaklah dipulangkan kepada Ketua Pengarah Bantuan
Guaman.