Skip to content

Seksyen 21

Permohonan bagi bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 21 of 83
Seksyen 21
(1)

Suatu permohonan oleh seseorang yang memerlukan bantuan guaman dalam apa-apa prosiding sivil atau syariah, sama ada atas haknya sendiri atau atas sifatnya sebagai wakil, hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.