Skip to content

Seksyen 36

Ruang lingkup khidmat pendamping guaman

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 36 of 83
Seksyen 36
(1)

Ketua Pengarah, seseorang peguam yang ditugaskan atau seseorang pegawai yang dilantik boleh memberikan khidmat pendamping guaman kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada apa-apa jenayah dalam apa-apa prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga tanpa mengira kerakyatan dan kewarganegaraan kanak-kanak itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, demi kepentingan keadilan, menyediakan khidmat pendamping guaman kepada seseorang yang telah mencapai umur lapan belas tahun sekiranya orang itu menjadi mangsa kepada apa-apa jenayah dalam apa-apa prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan masih seorang kanak-kanak pada masa prosiding itu dimulakan di mahkamah.