Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 · Updated to 13 Feb 2026 · Bahagian IV · Bahagian IV.
20. Ruang lingkup bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah
Feedback & support(1)
Ketua Pengarah, pegawai yang dilantik atau peguam yang ditugaskan boleh menyediakan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah berhubung dengan apa-apa prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 23
(2)
Walau apa pun subseksyen (1) dan seksyen 25 dan 26, jika Menteri berpuas hati bahawa dalam apa-apa kesusahan yang tertentu demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian,
Menteri boleh membenarkan Ketua Pengarah untuk menyediakan bantuan guaman dalam apa-apa prosiding sivil dan syariah selain prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.