Seksyen 23
Pengeluaran perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Selepas menyiasat permohonan menurut seksyen 22
dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan telah dibuat oleh pemohon, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu perakuan bantuan guaman kepada pemohon jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
(a)
pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah untuk membawa, membela, meneruskan atau menjadi suatu pihak kepada prosiding itu; dan
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 25
(b)
pemohon itu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(2)
Orang yang dibantu itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dan layak untuk apa-apa hak dan keistimewaan, mengikut Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.