Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 · Updated to 13 Feb 2026 · Bahagian IV · Bahagian IV.
40. Sumbangan daripada orang yang dibantu selepas mendapat perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman
Feedback & support(1)
Ketua Pengarah boleh menghendaki orang yang dibantu untuk membayar sumbangan sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri jika Ketua Pengarah mendapati bahawa orang yang dibantu itu mempunyai pendapatan yang melebihi had kelayakan berdasarkan kriteria dan ujian kemampuan yang ditetapkan oleh Menteri.
(2)
Sumbangan yang dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah dan hanya boleh dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat pendamping guaman.
Undang-Undang Malaysia 38