Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 · Updated to 13 Feb 2026 · Bahagian IV · Bahagian IV.
25. Kuasa tambahan untuk mengeluarkan perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 23, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu perakuan bantuan guaman berhubung dengan mana-mana prosiding sivil atau syariah kepada seseorang pemohon jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah bagi membawa, membela, meneruskan atau menjadi suatu pihak kepada prosiding itu; dan
pemohon itu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 26
Ketua Pengarah boleh, sebelum mengeluarkan perakuan bantuan guaman kepada pemohon yang disebut dalam subseksyen (1), menghendaki pemohon untuk membayar kepada Ketua Pengarah suatu sumbangan terhadap amaun yang kena dibayar atas akaun pemohon itu bagi maksud pemfailan di mahkamah dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.
Walau apa pun subseksyen (2) dan seksyen 24, Ketua
Pengarah boleh—
mengeluarkan perakuan bantuan guaman yang berasingan kepada pemohon bagi setiap kausa tindakan yang berbeza walaupun pertikaian itu melibatkan pihak yang sama;
dan
menghendaki pemohon untuk membayar sumbangan kepada Ketua Pengarah, bagi apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, bagi setiap perakuan yang disebut dalam perenggan (a), dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.