Skip to content

Seksyen 26

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 26 of 83

Seksyen 26

(1)

Walau apa pun seksyen 23 dan 25, Ketua Pengarah hendaklah, selepas mendapat kebenaran Menteri di bawah subseksyen 20(2), mengeluarkan suatu perakuan bantuan guaman kepada seseorang pemohon.

(2)

Ketua Pengarah boleh, sebelum mengeluarkan perakuan bantuan guaman di bawah subseksyen (1), menghendaki pemohon itu untuk membayar suatu sumbangan terhadap amaun yang genap masa dan kena dibayar atas akaun pemohon itu bagi maksud pemfailan di mahkamah dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.

(3)

Walau apa pun seksyen 24, Ketua Pengarah boleh—

(a)

mengeluarkan perakuan bantuan guaman yang berasingan kepada pemohon bagi setiap kausa tindakan yang berbeza walaupun pertikaian itu melibatkan pihak yang sama; dan

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 27

(b)

menghendaki pemohon untuk membayar suatu sumbangan kepada Ketua Pengarah, bagi apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, bagi setiap perakuan yang disebut dalam perenggan (a), dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.

Sumbangan daripada orang yang dibantu selepas mendapat perakuan bantuan guaman bagi prosiding sivil dan syariah