Seksyen 24
Perakuan bantuan guaman bagi semua kausa tindakan dalam prosiding syariah
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Ketua Pengarah boleh, dalam hal prosiding syariah, mengeluarkan hanya satu perakuan bantuan guaman kepada pemohon itu walaupun pertikaian pemohon itu boleh membawa kepada beberapa kausa tindakan berbangkit, dengan syarat semua kausa tindakan dalam pertikaian itu melibatkan pihak yang sama.
(2)
Perakuan itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa kausa tindakan yang belum selesai.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), dan tertakluk kepada seksyen 33, seseorang yang dibantu hendaklah memohon bagi perakuan bantuan guaman yang baharu jika dia berhasrat untuk merayu apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah berhubung dengan mana-mana prosiding syariah yang telah selesai dan permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai permohonan baharu.
Kuasa tambahan untuk mengeluarkan perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah