Skip to content

Seksyen 18

Kaedah pemberian nasihat guaman

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 18 of 83
Seksyen 18
(1)

Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan boleh, selepas kelulusan diberikan di bawah seksyen 17, memberikan nasihat guaman kepada orang yang dibantu secara lisan, melalui perkhidmatan elektronik atau teknologi komunikasi jarak jauh, atau melalui apa-apa kaedah lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Dalam memberikan nasihat di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah juga boleh mengendalikan apa-apa siasatan ke atas kemampuan dan keadaan orang yang dibantu.