Seksyen 38
Permohonan bagi khidmat pendamping guaman
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
ActIn forceProvision 38 of 83
Seksyen 38
(1)
Suatu permohonan oleh seseorang yang ingin mendapatkan khidmat pendamping guaman hendaklah dibuat kepada Ketua
Pengarah mengikut kaedah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Permohonan oleh seseorang kanak-kanak hendaklah dibuat melalui ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.
(3)
Permohonan di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.