Seksyen 33
Rayuan orang yang dibantu terhadap keputusan mahkamah
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Jika orang yang dibantu terkilan dengan apa-apa keputusan mahkamah dan ingin merayu terhadap keputusan mahkamah itu, orang yang dibantu itu hendaklah memohon bagi suatu perakuan bantuan guaman yang baharu bagi maksud rayuan itu.
(2)
Permohonan bagi bantuan guaman di bawah subseksyen (1)
hendaklah disifatkan sebagai suatu permohonan bantuan guaman yang baharu.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 35
(3)
Seksyen 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 dan 31
hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk bantuan guaman di bawah seksyen ini.
(4)
Rayuan yang disebut di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan kelulusan Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), bagi maksud mematuhi kaedah-kaedah berkenaan dengan tempoh masa yang ditetapkan bagi pemfailan suatu rayuan, suatu notis rayuan boleh difailkan terlebih dahulu tanpa kelulusan Ketua Pengarah.
(6)
Notis rayuan yang difailkan oleh orang yang dibantu itu boleh diteruskan sendiri walaupun permohonannya untuk bantuan guaman tidak diluluskan oleh Ketua Pengarah.