Seksyen 30
Pendahuluan bagi perbelanjaan luar jangka dalam prosiding sivil dan syariah
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Ketua Pengarah boleh meminta mana-mana pemohon atau orang yang dibantu untuk mendahulukan sejumlah wang pada bila-bila masa yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah untuk didepositkan ke dalam akaun amanah bagi maksud pembayaran perbelanjaan luar jangka yang timbul secara khusus berhubung dengan pemberian bantuan guaman di bawah Bab ini.
(2)
Ketua Pengarah apabila meminta pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memastikan permintaan itu tidak menyebabkan—
(a)
kesusahan yang tidak wajar kepada pemohon atau orang yang dibantu itu; dan
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 31
(b)
semua perkara yang berbangkit berhubungan dengan bantuan guaman itu digantung sementara menunggu pembayaran pendahuluan itu hingga boleh memudaratkan kepentingan pemohon atau orang yang dibantu.
(3)
Pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah hanya digunakan bagi maksud perbelanjaan luar jangka.
(4)
Ketua Pengarah boleh meneruskan apa-apa tindakan atas perbelanjaan wang awam atau wang daripada akaun amanah demi kepentingan keadilan walaupun pemohon atau orang yang dibantu itu gagal untuk mendahulukan sejumlah wang di bawah subseksyen (1).
(5)
Jika terdapat apa-apa lebihan pendahuluan dalam akaun orang yang dibantu, orang yang dibantu boleh, dalam tempoh enam bulan dari tarikh perakuan ditamatkan, memohon kepada
Ketua Pengarah bagi lebihan pendahuluan itu dikembalikan.
(6)
Lebihan pendahuluan yang perlu dikembalikan di bawah subseksyen (5) tidak boleh melebihi dua puluh lima peratus daripada sumbangan yang merupakan kos kepeguaman yang telah dibayar menurut subseksyen (1).
(7)
Orang yang dibantu itu hendaklah disifatkan telah melepaskan haknya jika orang yang dibantu itu tidak memohon bagi pembayaran balik lebihan pendahuluan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (5).