Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kuat kuasa yang lalu, atau apa-apa jua yang dilakukan di bawah, mana-mana undang-undang perhutanan terdahulu, atau setakat yang ia berkaitan dengan perhutanan, peruntukan mana-mana undang-undang lain yang diluluskan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini:
Dengan syarat bahawa—
apa-apa hak, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang ada semasa permulaan kuat kuasa Akta ini menurut mana-mana undang-undang yang sedemikian hendaklah tertakluk pada peruntukan Akta ini;
apa-apa keistimewaan yang didapati atau hak yang diterima di dalam sesuatu pemberitahuan Warta yang mewujudkan hutan simpanan di bawah mana-mana undang-undang perhutanan terdahulu yang ada semasa permulaan kuat kuasa
Akta ini, melainkan jika terlebih dahulu dibatalkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri, hendaklah terhenti selepas tempoh satu tahun dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.