Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 4 · Pemilikan Hasil Hutan

68. Pas pemindah

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh ada dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa hasil hutan melainkan jika dia memiliki suatu pas bagi pemindahan hasil hutan itu.

(2)

Pas pemindah itu hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh mana-mana pegawai hutan.

(3)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi mana-mana hasil hutan yang berada di atas—

(a)

kawasan lesen;

(aa)

kawasan lesen kecil;

(b)

kawasan yang dinyatakan dalam permit penggunaan;

(c)

mana-mana tanah beri milik;

(d)

mana-mana tanah di bawah lesen pendudukan sementara;

(e)

mana-mana tanah lombong; atau

*CATATAN—Sebelum ini “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun kedua-duanya”—lihat seksyen 25 Akta Perhutanan Negara

(Pindaan) 2022 [Akta A1667].

Perhutanan Negara 61

(f)

mana-mana tanah rizab, dari mana ianya diambil sebelum pemindahannya dari kawasan atau tanah itu, atau bagi mana-mana hasil hutan dalam perjalanan melalui jalan yang dinyatakan di bawah subseksyen 66(2) atau (3).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

*dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

**dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Operator loji penukaran dikehendaki mempunyai pas pemindah dan rekod pengukuran

Report

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules