Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 1 · Hak keempunyaan ke atas Hasil Hutan dalam Hutan Simpanan Kekal dan tanah Kerajaan

15. Larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan melainkan jika dilesen, dsb

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mengambil apa-apa hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan kecuali—

(a)

di bawah kuasa suatu lesen, lesen kecil atau permit penggunaan; atau

(b)

mengikut mana-mana undang-undang bertulis lain.

**(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

berhubungan dengan suatu hasil utama hutan—

(i)

jika isi padu adalah kurang daripada lima meter padu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; atau

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

**CATATAN—Sebelum ini “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun.”—lihat seksyen 9

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].

Perhutanan Negara 29

(ii)

jika isi padu adalah lima meter padu atau lebih, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak lebih daripada dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima juta ringgit;

(b)

berhubungan dengan suatu tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta Perdagangan

Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; dan

(c)

berhubungan dengan suatu hasil kecil hutan selain tumbuhan daratan yang disebut dalam perenggan (b), didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan ke atas sabitan itu, diperintahkan membayar, berkenaan dengan apa-apa hasil hutan yang diambil secara menyalahi undang-undang, kepada *Pihak Berkuasa Negeri

(a)

sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda royalti, premium dan ses;

(b)

sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda nilai hasil hutan itu; dan

(c)

apa-apa caj lain yang kena dibayar, dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar itu boleh didapatkan kembali seolah-olah ianya suatu denda yang dikenakan sedemikian.

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

Report

Bab 2

Lesen

Bab 3

Lesen Kecil

Bab 4

Permit Penggunaan

Bab 5

Lesen Pemindah

Bab 6

Kemasukan dalam Hutan Simpanan Kekal

Bab 7

Jalan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Lesen

Bab 8

Kumpulan Wang Pembangunan Hutan

Bahagian V

Royalti dan Premium

Bab 1

Royalti

Bab 2

Penandaan Hasil Hutan

Bab 3

Pengukuran Hasil Hutan

Bab 4

Pemilikan Hasil Hutan

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules