Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian VII · Pelbagai Kesalahan dan Penalti
81. Perbuatan yang dilarang dalam hutan simpanan kekal
Feedback & supportMelainkan jika dibenarkan di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh, dalam hutan simpanan kekal—
melepaskan ternakan atau membenarkan ternakan meragut;
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
menebang, memotong, menggelang, menanda, memangkas atau menoreh mana-mana pokok; atau merosakkan dengan api, atau selainnya, atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu;
menyebabkan apa-apa kerosakan semasa menebang mana-mana pokok atau memotong atau mengheret mana-mana kayu;
mencari, mengambil, mendedahkan kepada apa-apa proses pengilangan atau memindahkan apa-apa hasil hutan atau mineral;
membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau apa-apa maksud lain;
menggunakan bahan beracun, atau dinamit atau bahan letupan lain di dalam sungai atau tasik bagi maksud menangkap ikan; atau memburu, menembak, menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak; atau
menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarang dalam seksyen ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika kesalahan itu di bawah perenggan (a), didenda tidak melebihi *dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;
jika kesalahan itu di bawah perenggan (b) atau (c), didenda tidak melebihi **satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;
*CATATAN—Sebelum ini “didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit;”–lihat perenggan 32(b)
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].
**CATATAN—Sebelum ini “didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun kedua-duanya”–lihat perenggan 32(b) Akta Perhutanan Negara
(Pindaan) 2022 [Akta A1667].
Perhutanan Negara 69
jika kesalahan itu di bawah perenggan (d), (e) atau (f), didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; dan
jika kesalahan itu di bawah perenggan (g), didenda tidak melebihi *dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
**(3) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana penalti yang dikenakan atas sabitan itu, diarah membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri—
sepuluh kali ganda nilai mana-mana pokok atau kayu; dan
kos memperbaiki apa-apa kerosakan yang mengenainya kesalahan itu dilakukan, dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar itu boleh didapatkan kembali seolah-olah ianya suatu denda yang dikenakan sedemikian.
Larangan ke atas pembakaran