Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian IX · Pelbagai
102. Penyampaian notis
Feedback & supportDalam seksyen ini,
“notis”
termasuklah sesuatu pemberitahuan, taksiran, surat cara atau dokumen lain yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta ini supaya disampaikan kepada mana-mana orang atau badan.
Suatu notis boleh disampaikan kepada seseorang atau badan bagi maksud Akta ini—
dengan menghantar notis kepada orang itu;
dengan menghantar notis itu—
ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu, kepada pekhidmatnya atau kepada ahli keluarganya yang dewasa; atau
ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu, kepada pekhidmat atau ejennya;
dengan meninggalkan notis itu di dalam suatu sampul dialamatkan kepada orang itu atau badan—
di tempat tinggal atau tempat perniagaan biasa atau yang terakhir diketahui orang itu; atau
di pejabat berdaftar badan itu atau di tempat perniagaan biasa atau yang terakhir diketahui badan itu; atau
dengan menghantar notis itu secara pos berdaftar dibayar dahulu kepada orang atau badan ke alamat penyampaian yang diberikan menurut mana-mana peruntukan Akta ini atau, jika tiada alamat sedemikian diberikan—
Perhutanan Negara 91
ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu; atau
ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu.
Suatu notis yang disampaikan melalui pos berdaftar dibayar dahulu di bawah perenggan (1)(d) hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa surat yang mengandungi notis itu dihantar dalam perjalanan pos biasa; dan adalah menjadi bukti penyampaian yang cukup bahawa surat itu dialamatkan dengan betul mengikut perenggan itu dan telah diposkan:
Dengan syarat bahawa, jika surat itu dipulangkan melalui pos tidak dihantar, notis itu hendaklah disifatkan telah tidak disampaikan.