Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 1 · Pewujudan Hutan Simpanan Kekal
7. Kuasa untuk mewujudkan hutan simpanan kekal
Feedback & support(1)
Pihak Berkuasa Negeri boleh menjadikan mana-mana tanah sebagai suatu hutan simpanan kekal dengan menyiarkan dalam
Warta suatu pemberitahuan—
(a)
menentukan kedudukan dan keluasan tanah itu; dan
(b)
mengisytiharkan bahawa tanah itu hendaklah menjadi suatu hutan simpanan kekal mulai dari tarikh yang ditetapkan melalui pemberitahuan itu.
(2)
Mulai dari tarikh yang ditetapkan itu, tanah tersebut hendaklah menjadi suatu hutan simpanan kekal.