Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 1 · Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

88. Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis boleh—

(a)

menangkap tanpa waran—

(i)

mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan yang adalah suatu kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]; atau

(ii)

mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan selain kesalahan yang dinyatakan dalam subperenggan (i), jika orang itu enggan menyatakan nama dan alamatnya atau menyatakan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah menyatakan nama atau alamat palsu atau dia mungkin akan melarikan diri; dan

(b)

boleh menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.

(2)

Apabila mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen (1) dia hendaklah selepas itu dibicarakan sebagaimana diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

*(3) Mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

Perhutanan Negara 75

daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan dan mana-mana pegawai yang menjaga balai polis boleh, berhubungan dengan apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan hutan, tanpa perintah Pendakwa Raya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis yang diperuntukkan oleh

Kanun Tatacara Jenayah dalam mana-mana kes boleh tangkap.

Report

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules