Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 1 · Royalti
62. Kuasa untuk meremitkan, meringankan atau melepaskan royalti
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 61, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengurangkan, meringankan atau melepaskan apa-apa royalti mengenai, atau mengecualikan daripada royalti, mana-mana hasil hutan atau kelas hasil hutan yang diambil.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
Tertakluk pada apa-apa arahan yang berlawanan oleh Pihak
Berkuasa Negeri, Pengarah boleh mengurangkan, meringankan atau melepaskan apa-apa royalti mengenai, atau mengecualikan daripada royalti—
apa-apa hasil hutan atau kelas hasil hutan bagi maksud yang berikut:
bagi maksud saintifik, atau maksud bukan komersial yang lain;
untuk menggalakkan penggunaan pelbagai ukuran dan jenis hasil hutan yang mempunyai kurang atau tiada permintaan pasaran dan yang selainnya tidak menguntungkan jika diambil;
untuk menggalakkan pengambilan hasil hutan yang dirosakkan oleh kebakaran, perosak, penyakit atau sebab lain;
bagi pembinaan jalan hutan atau apa-apa kerja kemudahan awam;
apa-apa hasil hutan atau kelas hasil hutan yang diambil dari mana-mana tanah Kerajaan atau tanah beri milik oleh mana-mana orang asli bagi—
pembinaan dan pembaikan pondok sementara atas mana-mana tanah yang diduduki secara sah oleh orang asli itu;
penyenggaraan kelong menangkap ikan dan tempat mendarat;
kayu api atau maksud domestik lain; atau
pembinaan atau penyenggaraan apa-apa kerja bagi faedah bersama orang asli.
Perhutanan Negara 57
Kegagalan menebang dan memindahkan hasil hutan