Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

3A. Pegawai yang diberi kuasa

Feedback & support

Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai Jabatan Perhutanan Persekutuan untuk menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Bahagian VIII.

Kewajipan Pengarah

*4. Pengarah hendaklah—

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

(a)

bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi pentadbiran wajar peruntukan Akta ini di dalam Negeri;

(b)

menyebabkan supaya disediakan dan dilaksanakan rancangan pengurusan hutan Negeri yang hendaklah menyatakan kebenaran menebang sama ada dalam bentuk isi padu atau luas kawasan, mengikut prinsip perolehan berkekalan;

(c)

menyebabkan supaya disediakan dan dilaksanakan rancangan penghutanan semula;

(d)

menyebabkan supaya dikaji semula dari semasa ke semasa rancangan pengurusan hutan Negeri dan rancangan penghutanan semula yang disediakan masing-masing di bawah perenggan (b) dan (c);

(e)

menyebabkan supaya disediakan dan dilaksanakan program mengenai hutan simpanan kekal yang dikelaskan di bawah subseksyen 10(1);

(f)

menyebabkan supaya disediakan suatu laporan tahunan mengenai aktiviti Jabatan Perhutanan Negeri sepanjang tahun kewangan yang terdahulu dan menyerahkan laporan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Ketua Pengarah

Jabatan Perhutanan Persekutuan sebelum 30 Jun setiap tahun;

(g)

menyebabkan supaya disediakan dan diserahkan kepada

*Pihak Berkuasa Kewangan Negeri sebelum 30 September setiap tahun suatu belanjawan tahunan mengenai tahun kewangan yang berikutnya bagi maksud perenggan (b), (c),

(d)

, (e) dan (f);

(h)

melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

Perhutanan Negara 23

Report

Bahagian III

Hutan Simpanan Kekal

Bab 1

Pewujudan Hutan Simpanan Kekal

Bab 2

Pengelasan Hutan Simpanan Kekal

Bab 3

Pengeluaran kawasan tanah daripada Hutan Simpanan

Bahagian IV

Pengurusan dan Pembangunan Hutan

Bab 1

Hak keempunyaan ke atas Hasil Hutan dalam Hutan Simpanan Kekal dan tanah Kerajaan

Bab 2

Lesen

Bab 3

Lesen Kecil

Bab 4

Permit Penggunaan

Bab 5

Lesen Pemindah

Bab 6

Kemasukan dalam Hutan Simpanan Kekal

Bab 7

Jalan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Lesen

Bab 8

Kumpulan Wang Pembangunan Hutan

Bahagian V

Royalti dan Premium

Bab 1

Royalti

Bab 2

Penandaan Hasil Hutan

Bab 3

Pengukuran Hasil Hutan

Bab 4

Pemilikan Hasil Hutan

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules