Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pengukuran Hasil Hutan
66. Section 66
Feedback & support*(1) Semua hasil hutan yang baginya royalti, premium, ses atau caj lain kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diukur oleh pegawai hutan sebelum pemindahannya dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil dari mana ianya diambil atau, jika lesen atau lesen kecil di bawah mana ianya diambil memperuntukkan selainnya, maka pengukuran itu hendaklah dibuat di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam lesen atau lesen kecil itu.
Jika diperuntukkan dalam lesen atau lesen kecil bahawa hasil hutan hendaklah diukur di suatu tempat di luar kawasan lesen atau kawasan lesen kecil, Pengarah boleh menyatakan jalan melalui mana hasil hutan itu hendaklah diangkut ke tempat tersebut bagi maksud pengukuran.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) atau (2), Pengarah boleh, pada bila-bila masa, menyatakan tempat atau masa bagi pengukuran itu, atau menetapkan jalan bagi mengangkut hasil hutan selain tempat, masa dan jalan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2).
Mana-mana orang—
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
Perhutanan Negara 59
yang memindahkan mana-mana hasil hutan dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil dengan melanggar subseksyen (1);
yang, dalam mengangkut apa-apa hasil hutan dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil ke tempat pengukuran yang dinyatakan oleh Pengarah di bawah subseksyen (3), tanpa sebab yang munasabah, menggunakan jalan yang lain daripada jalan yang ditetapkan oleh Pengarah di bawah subseksyen (2) atau (3); atau
yang, tanpa sebab yang munasabah, memindahkan apa-apa hasil hutan dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil ke suatu tempat yang lain daripada tempat pengukuran hasil hutan itu sebagaimana dinyatakan oleh Pengarah di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.