Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 7 · Jalan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Lesen
50. Penggunaan jalan hutan tanpa permit jalan dilarang
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menggunakan apa-apa kenderaan bermotor di atas mana-mana jalan hutan melainkan jika dia adalah pemegang suatu permit jalan yang dikeluarkan oleh Pengarah atau oleh seseorang pegawai hutan yang diberi kuasa oleh Pengarah untuk mengeluarkan suatu permit jalan.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
Tiap-tiap permit jalan hendaklah seperti dalam Borang 7.
Pengarah boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
*tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam seksyen ini “kenderaan bermotor” ertinya tiap-tiap perihal kenderaan yang digerakkan dengan cara pesawat yang terkandung di dalamnya dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah treler.