Act of Parliament · Updated to 1 Feb 2025 · 29 chapters
Akta Perhutanan Negara 1984
Feedback & supportAdministration, management and conservation of forestsLong title
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam Negeri di Malaysia dan bagi maksud yang berkaitan.
In force · Updated to 1 Feb 2025
Bahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perhutanan Negara 1984 dan adalah terpakai di seluruh Malaysia.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
Akta ini tidaklah boleh berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri melainkan ia telah diterima pakai oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri menurut Fasal (3)
Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur pada suatu tarikh sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa bagi mana-mana
Wilayah Persekutuan lain pada suatu tarikh sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan dalam pemakaiannya bagi Wilayah itu Akta ini hendaklah tertakluk pada apa-apa ubah suaian sebagaimana yang boleh diperuntukkan oleh
Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“borang”, yang diikuti dengan suatu nombor, ertinya borang dalam
Jadual Pertama yang dikenal pasti dengan nombor sedemikian;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh mana-mana kaedah;
“guano” termasuklah tahi burung dan tahi kelawar;
“hasil hutan” termasuklah—
yang berikut apabila dijumpai di dalam atau dibawa keluar dari hutan simpanan kekal:
guano, gambut, bahan batu, pasir laut, pasir sungai, kerang laut, pasir kerang dan tanah permukaan;
yang berikut apabila dijumpai di dalam atau dibawa keluar dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan:
Perhutanan Negara 15
pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas daripada ini;
tumbuh-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar dan rumput, dan semua bahagian atau hasil tumbuh-tumbuhan sedemikian;
tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga kepada Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686];
sutera, kokun, madu dan lilin dan sarang burung boleh makan;
yang berikut sama ada dijumpai di dalam atau dibawa keluar dari hutan simpanan kekal, tanah Kerajaan, tanah lombong, tanah rizab atau tanah beri milik:
kayu, kayu api, arang, getah, getah daun taban, minyak kayu, kulit kayu, ekstrak kulit, damar dan atap;
“hasil kecil hutan” ertinya hasil hutan yang dinyatakan dalam
Bahagian B Jadual Kedua;
“hasil utama hutan” ertinya hasil hutan yang dinyatakan dalam
Bahagian A Jadual Kedua;
“hutan simpanan kekal” ertinya mana-mana tanah yang dijadikan atau disifatkan telah dijadikan suatu hutan simpanan kekal di bawah
Akta ini;
“hutan terbuka” ertinya mana-mana hutan simpanan kekal atau sebahagian daripadanya yang diisytiharkan sebagai hutan terbuka di bawah seksyen 45;
“hutan tertutup” ertinya mana-mana hutan simpanan kekal atau sebahagian daripadanya yang diisytiharkan atau disifatkan sebagai hutan tertutup di bawah seksyen 45;
“jalan” termasuklah apa-apa rintisan, lorong, jambatan dan kawasan lapang untuk meletakkan rel;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
*“jalan hutan” ertinya mana-mana jalan yang terletak dalam hutan simpanan kekal tetapi tidak termasuk jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan atau jalan Negeri;
“kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“kawasan lesen” ertinya kawasan yang diberi sempadan di bawah perenggan 20(a);
“kawasan lesen kecil” ertinya kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu yang diliputi oleh suatu lesen kecil mengikut seksyen 29A;
“kayu” termasuklah pokok apabila ditebang atau telah ditebang, dan semua kayu sama ada dipotong, dibentuk atau dirongga ataupun tidak bagi apa-apa maksud;
“kayu api” ertinya kayu yang sesuai hanya bagi kegunaan bahan api, atau kayu yang ditebang dengan sah bagi kegunaan bahan api dan tidak digunakan, atau, pada pendapat Pengarah, yang tidak dicadang untuk digunakan bagi maksud lain;
“kayu bulat” ertinya mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan yang mempunyai garis pusat tidak kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan untuk digunakan selain membuang kulit dan dahan dan sama ada bersegi kasar atau dibahagi secara membujur yang tidak melebihi empat keping supaya mudah diangkut atau ditukar;
“kayu ditukar bentuk” ertinya kayu yang telah dipotong, digergaji, dibelah baji, dibelah, dibentuk atau direka bentuk menjadi kepingan bertujuan untuk digunakan bagi apa-apa maksud selain bahan api;
“kayu jaras” ertinya mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan mempunyai garis pusat kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan selanjutnya, untuk digunakan selain membuang kulit dan dahan yang menganjur;
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan –lihat P.U. (A) 451/2017.
Perhutanan Negara 17
“kesalahan hutan” ertinya suatu kesalahan di bawah Akta ini;
“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2
Bahagian IV;
“lesen kecil” ertinya suatu lesen kecil yang dikeluarkan di bawah
Bab
Bab 3 Bahagian IV;
Bahagian II
Pentadbiran
Bahagian III
Hutan Simpanan Kekal
Bab 1
Pewujudan Hutan Simpanan Kekal
Bab 2
Pengelasan Hutan Simpanan Kekal
Bab 3
Pengeluaran kawasan tanah daripada Hutan Simpanan
Bahagian IV
Pengurusan dan Pembangunan Hutan
Bab 1
Hak keempunyaan ke atas Hasil Hutan dalam Hutan Simpanan Kekal dan tanah Kerajaan
Bab 2
Lesen
Bab 3
Lesen Kecil
Bab 4
Permit Penggunaan
Bab 5
Lesen Pemindah
Bab 6
Kemasukan dalam Hutan Simpanan Kekal
Bab 7
Jalan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Lesen
Bab 8
Kumpulan Wang Pembangunan Hutan
Bahagian V
Royalti dan Premium
Bab 1
Royalti
Bab 2
Penandaan Hasil Hutan
Bab 3
Pengukuran Hasil Hutan
Bab 4
Pemilikan Hasil Hutan
Bahagian VI
Kayu Tidak Dituntut
Bahagian VII
Pelbagai Kesalahan dan Penalti
Bahagian VIII
Penguatkuasaan
Bab 1
Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat
Bab 2
Peruntukan Mengenai Barang yang Disita
Bab 3
Pelbagai
Bahagian IX