Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pelbagai
96. Kuasa untuk memasuki dan memeriksa loji penukaran, dsb
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis boleh masuk dan memeriksa mana-mana bahagian loji penukaran atau yang bersangkutan dengannya atau sesuatu premis di atas mana atau di dalam mana hasil hutan distor atau disimpan dan boleh menghendaki seseorang yang menjaga atau mengawal loji atau premis itu memberi bantuan kepadanya sebagaimana yang diperlukannya bagi maksud pemeriksaan itu.
Mana-mana orang yang menggendalakan atau menggalang mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada
Pengawas Hutan, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) atau yang enggan memberi bantuan sedemikian sebagaimana yang diperlukan oleh pegawai itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
*tujuh tahun atau kedua-duanya.