Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 5 · Lesen Pemindah
40. Lesen pemindah adalah dikehendaki bagi memindahkan hasil hutan dari tanah tertentu
Feedback & supportTiada seorang pun boleh memindahkan apa-apa hasil hutan dari mana-mana—
tanah beri milik;
tanah di bawah lesen pendudukan sementara;
tanah lombong; atau
tanah rizab, melainkan jika dia adalah pemegang suatu lesen pemindah.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
*(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
berhubungan dengan suatu hasil utama hutan—
jika isi padu adalah kurang daripada lima meter padu, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
jika isi padu adalah lima meter padu atau lebih, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya; dan
berhubungan dengan suatu hasil kecil hutan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
**(2A) Mana-mana orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan ke atas sabitan itu, diperintahkan membayar, berkenaan dengan apa-apa hasil hutan yang diambil secara menyalahi undang-undang, kepada Pihak Berkuasa Negeri—
sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda royalti, premium dan ses;
sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda nilai hasil hutan itu; dan
apa-apa caj lain yang kena dibayar, dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar itu boleh didapatkan kembali seolah-olah ianya suatu denda yang dikenakan
*CATATAN—Sebelum ini “(2) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun.”–lihat seksyen 16
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].
**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
Perhutanan Negara 43
sedemikian.
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengecualikan daripada seksyen ini apa-apa hasil hutan yang dipindahkan dari mana-mana tanah beri milik oleh mana-mana orang asli bagi mana-mana maksud yang dinyatakan di bawah perenggan 62(2)(b).