Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 2 · Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

93. Kewajipan pegawai yang menyita

Feedback & support
(1)

Apabila apa-apa benda disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta—

(a)

meletakkan pada benda itu atau pada bekas atau bungkusan yang mengandungi suatu tanda yang menunjukkan bahawa benda itu telah disita; dan

(b)

menyediakan suatu senarai benda yang disita dan tempat di mana benda yang disita itu dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.

(1A)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—

(a)

penduduk premis di mana benda yang disita itu dijumpai;

atau

(b)

orang yang mengawal atau menjaga pengangkut atau benda yang dibawa dalam pengangkut itu jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 92 atau 96A.

(1B)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak diduduki, pegawai penyita itu hendaklah, bila-bila mungkin, menampalkan senarai barang yang disita itu supaya mudah dilihat di atau pada premis itu, atau menyerahkan suatu salinan senarai itu kepada pemilik barang sitaan itu sendiri atau secara pos ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

orang itu.

(1C)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan apa-apa benda yang disita di bawah subseksyen (1), pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak atau menanda benda yang disita itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(2)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah—

(a)

mengusik, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang ditanda di bawah subseksyen (1); atau

(b)

mengusik, merosakkan atau memecah lak atau tanda di bawah subseksyen (1C) atau memindahkan benda yang disita yang telah dilak atau ditanda, atau cuba berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Pelucuthakan benda yang disita

**94. (1) Apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini boleh dikenakan lucut hak.

(2)

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan

Daerah boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara benda itu kepada pemunya benda tersebut apabila diberi jaminan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.

(3)

Suatu perintah bagi melucut hak atau bagi melepaskan apa-apa

*CATATAN—Sebelum ini “lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun kedua-duanya.”—lihat perenggan 46(c) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].

**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

Perhutanan Negara 81

benda yang kena dilucut hak di bawah Akta ini, hendaklah dibuat oleh

Mahkamah di hadapan mana pendakwaan mengenainya telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakkan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara, atau digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan itu.

(4)

Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan dibuat ke atasnya mengikut cara yang berikut:

(a)

mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu dan bahawa ianya tidak patut dikenakan lucut hak boleh secara bersendirian atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberi notis bertulis kepada pegawai hutan atau pegawai polis yang dalam miliknya benda itu berada menyatakan bahawa dia menuntut benda itu;

(b)

apabila notis itu diterima pegawai hutan atau pegawai polis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujuk tuntutan itu kepada Pengarah yang boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu merujuk perkara itu kepada

Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk diputuskan;

(c)

Majistret atau Hakim yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu serta orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila orang itu hadir atau ingkar hadir,

Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan ke atas perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucut hak atau jika tidak ada bukti boleh memerintahkan supaya ianya

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

dilepaskan.

(5)

Semua benda yang dilucut hak atau disifatkan dilucut hak hendaklah dihantar kepada Pegawai Hutan Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengarah.

(6)

Jika apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini adalah jenis mudah rosak atau adalah tertakluk pada reput yang cepat dan semula jadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesulitan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan galangan atau bencana kepada orang awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang bagi mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

(7)

Pihak

Berkuasa

Negeri tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa pemerosotan nilai, tidak kira walau bagaimana sekalipun ia terjadi, mengenai kualiti apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini.

Report