18. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah peruntukan atau melanjutkan masa
Feedback & supportPihak Berkuasa Negeri boleh—
(a)
mengubah atau membatalkan mana-mana peruntukan dalam mana-mana lesen, lesen kecil, permit penggunaan atau lesen pemindah yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang hutan terdahulu, jika berpuas hati bahawa pematuhan ke atasnya adalah mustahil atau kesusahan yang besar akan terakru kepada pemegang lesen, pemegang lesen kecil, lesen pemindah atau permit penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
melanjutkan atas apa-apa terma sebagaimana difikirkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri patut dikenakan, tempoh dalam mana sesuatu tindakan perlu dilakukan mengikut mana-mana peruntukan Akta ini.