Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 3 · Lesen Kecil

30. Tempoh, syarat, dsb., dan bentuk lesen kecil

Feedback & support
(1)

Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, tiap-tiap lesen

Perhutanan Negara 37

kecil hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lebih dari akhir tahun kalendar dalam mana ia mula dikeluarkan, dan, tertakluk pada subseksyen (3), boleh dibaharui dari semasa ke semasa.

(2)

Tiap-tiap lesen kecil hendaklah berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa peruntukan yang terkandung di dalamnya dan, setakat yang tidak berlawanan dengannya, kepada mana-mana peruntukan lain yang ditetapkan.

(3)

Pengarah boleh, atas permohonan seseorang pemegang lesen kecil yang dibuat tidak lewat dari tiga puluh hari sebelum tamat tempohnya, membaharui lesen kecil itu bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan, dan apabila membaharui suatu lesen kecil,

Pengarah boleh mengubah, memotong atau menambah peruntukan yang terkandung di dalamnya.

(4)

Tiap-tiap lesen kecil hendaklah seperti dalam Borang 3 dan dalam hal pembaharuan lesen itu ia hendaklah diendors dengan suatu catatan mengenai pembaharuan itu serta tarikh tamat tempohnya yang dicadangkan.

Report

Bab 4

Permit Penggunaan

Bab 5

Lesen Pemindah

Bab 6

Kemasukan dalam Hutan Simpanan Kekal

Bab 7

Jalan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Lesen

Bab 8

Kumpulan Wang Pembangunan Hutan

Bahagian V

Royalti dan Premium

Bab 1

Royalti

Bab 2

Penandaan Hasil Hutan

Bab 3

Pengukuran Hasil Hutan

Bab 4

Pemilikan Hasil Hutan

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules