Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 7 · Jalan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Lesen
54. Pengarah boleh menghendaki pengguna jalan hutan membayar tol kepada pemegang lesen
Feedback & supportJika mengenai jalan hutan yang dibina atau disenggara oleh pemegang lesen di bawah seksyen 52 Pengarah, di bawah subseksyen 50(1), membenarkan penggunaan jalan itu oleh orang selain pemegang lesen, pekhidmat atau ejennya, Pengarah boleh mengarahkan supaya orang itu membayar tol kepada pemegang lesen pada kadar yang ditentukan oleh Pengarah kerana penggunaan
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
jalan itu, dengan syarat bahawa Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa tol yang tidak dibayar kepada pemegang lesen oleh orang itu.
Tiada liabiliti Pengarah atau Pihak Berkuasa Negeri kerana kekurangan memperbaiki jalan hutan
*55. Di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau suatu kawasan lesen, baik Pihak Berkuasa Negeri mahu pun Pengarah tidak mempunyai kewajipan untuk memperbaiki atau menyenggara mana-mana jalan atau meletakkan isyarat yang memberi amaran mengenai apa-apa keadaan atau bencana di atasnya, dan tidak mempunyai tanggungan bagi apa-apa kecederaan atau kematian mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta yang disebabkan oleh keadaan atau standard pembinaan atau penyenggaraan jalan itu.