Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 1 · Royalti
63. Section 63
Feedback & support*(1) Jika mana-mana hasil hutan yang dikehendaki dengan lesen supaya ditebang dan dipindahkan tidak pula ditebang sebelum tamat tempoh lesen itu, atau tidak dipindahkan dalam tempoh tiga puluh hari apabila tamat tempoh lesen itu, atau rosak atau dimusnahkan oleh sebab kerja yang dijalankan di dalam atau di sekitar kawasan lesen, Pengarah boleh mengeluarkan suatu taksiran terhadap pemegang lesen itu sebanyak amaun hingga tiga kali ganda royalti, premium, ses dan caj lain dan apa-apa hasil hutan yang telah ditebang tetapi belum dipindahkan hendaklah menjadi harta Pihak
Berkuasa Negeri bebas daripada segala beban, walaupun royalti, premium, ses atau caj lain itu telah dibayar bagi hasil hutan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Suatu taksiran di bawah subseksyen (1) hendaklah berasaskan pemeriksaan kawasan lesen itu oleh pegawai hutan yang dibuat dalam tempoh tiga bulan, atau suatu tempoh lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Pengarah, selepas tamatnya lesen itu.
Mana-mana orang yang terkilan dengan taksiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari penyampaian taksiran itu kepadanya, merayu kepada Pihak
Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.